Tuesday, March 18, 2014

Maruah seorang guru

Gembira, berbunga-bunga hati bila anak murid semasa praktikal telefon..ye..ianya adalah panggilan percuma kerana anak murid saya menyambut hari jadinya pada hari itu..

Pelajar tingkatan 4 semasa saya mengajar dan sekarang sudah tingkatan 5..muizudin namanya...pelajar kelas kedua dan tergolong antara pelajar cemerlang dalam kelas..terharu rasanya apabila pelajar yang suka mencabar kesabaran guru teringat untuk menelefon gurunya..ya lah...situasi sekarang, pelajar apatah lagi pelajar menengah atas sangat 'berkira', sangat tidak gemar apabila terpaksa berinteraksi dengan gurunya..

Alhamdulillah...ada pelajar saya yang masih kenal dan menghubungi saya apabila mereka berkesempatan....antaranya Balqis (broken family,agak liar), misnon (pelajar yang bercita2 tinggi, mahu menjadi underwater welder), farhah (saya tidak pernah mengajar pelajar ini)..pernah sekali, ketika saya berjalan2 di pasar lambak (pasar malam bagi orang joho) ada dua orang pelajar menegur saya..ketika itu saya rasa rendah diri (bukan guru terlatih) maka saya hanya senyum...dan sekarang jika saya jumpa anak murid saya, tak kira di mana mulut saya akan ringan untuk bertanya keadaan mereka sekarang..keyakinan diri agak tinggi kerana saya tahu pentingnya guru menjaga maruah profesionnya tak kira bila, di mana dan dengan siapa...Alhamdulillah...bersyukur sangat..

Maruah seorang guru tinggi nilainya..saya sangat yakin pelajar akan meneliti seseorang guru dari segi perwatakan fizikal (bonus untuk guru yang berpewatakan menarik), verbal (bonus untuk guru yang bersuara lantang) dan berkeperibadian mulia (bonus untuk guru yang pandai mengambil hati anak muridnya, boleh mengawal anak muridnya)...dari semua segi....bukan mudah...saya juga sedang mencuba...walaupun tidak sesempurna mana, sekurang-kurangnya hadir rasa hormat pelajar terhadap gurunya..

Jadi, sama-samalah kita menjaga perbuatan, percakapan, pemakaian, pemikiran supaya datang rasa hormat pelajar terhadap gurunya...

Friday, June 28, 2013

Hari terakhir

Hari terakhir menjalani latihan praktikal di SMKTA...sebak dalam hati...walaupun jamuan kecil hanya ada GPK, mentor, ustaz..tapi dengan adenye pelajar2 4E, hati sebak tetiba..

aku jadi guru untuk mengajar insan2 seperti mereka..walaupun aku seperti orang yang yang bercinta tetapi bertepuk sebelah tangan, aku bangga mereka menghargai usaha yang aku lakukan untuk masa depan mereka..

Zizi : Cikgu, tak payahlah buat jamuan.
Aku: Kenapa?
Zizi: Kalau kite buat jamuan, cikgu akan pindah..cikgu tak payah lah pindah...cikgu duduklah kat sekolah ni..(muka merayu~~)
Aku: Senyum (menangis dalam hati)

Aku dan zizi mulanya tidaklah rapat mana...zizi seperti pelajar yang suka bermain tarik tali denganku..puas juga aku berfikir cara untuk menarik perhatian dia terhadap p&p aku...selagi dia tak beri tumpuan, sukar untuk dia memahami pengajaranku..entah bagaimana, dari perbualan ringkas, hari demi hari, zizi antara mereka yang segar dalam kelas..

Zizi: Cikgu, kenapa dengan dia (rakan kelas sebelah) cikgu tak marah..tapi dengan saya, cikgu marah..
Aku: Sebab cikgu sayang awaklah, cikgu marah awak..
Zizi: Abistu cikgu sayang zizi lah?
Aku: Mestilah sayang...awak kan anak murid cikgu..cikgu nak tengok awak berjaya...

Mungkin perbualan ini menyebabkan aku menghuni tempat istimewa dihati zizi..dia tak ponteng kelas lagi..malah semangat bila disuruh buat eksperimen...Alhamdulillah...

entri awal ni...tentang pelajarku bernama zizi..
Jamuan hari akhir